Cerpen : Biarkan aku jatuh cinta
Oleh : putihnyar0ses
“Huh…penat betullah nak gi kuliah petang ni” Syana Catalina mendengus.itulah Syana,anak Tan Sri Amir.Walaupun dilarang untuk menginap di asrama,namun Syana tetap bertegas untuk menginap di asrama.dia memberikan alasan ingin berdikari padahal sebenarnya dia cuma tidak mahu merasa dikongkong walaupun sebagai anak tunggal,kemahuan Syana tidak pernah tidak dipenuhi dan dilarang.
“Syana,mengelamun pulak budak ni.Bersiap lah lagi,nak gi kuliah ni”sergah Adrea roomate nya itu.”Astaghfirullahalazim.Kau ni bagi lah salam dulu.Terkejut berok aku.Kalau mak mertua lalu tadi dah sah-sah kurang dua ribu hantaran.”gurau Syana pada rakan baik nya itu.”Cakap pasal mek mertua,kau dah ada boyfriend eyh.Citer lah..”dia buat muka puppyface pulak dh.”kau ni,aku mana ade boyfriend.Kalau ade yang berkenan nanti aku cakap.Promise.”
Syana walaupun kelihatan manja,social dan peramah,namun hakikatnya dia tidak pernah bercinta.Bukan tidak ada yang memikat,namun tidak ada yang cukup menarik hatinya.Dan bukan dia memilih,namun mungkin orang yang sesuai belum tiba.Dia menerima kenyataan hidupnya selama 21 tahun belum pernah merasa dicintai dan walaupun untuk mencintai,hatinya belun terbuka untuk itu. Dia gembira dengan cara hidupnya sekarang,happy go lucky bersama teman-temannya.Namun kadang-kadang kesunyian datang menerpa apabila rakan-rakan semua berdating meninggalkan dia seorang di hostel.
Syana dan Adrea duduk di bangku belakang sekali kerana terlewat sampai.Namun selewat-lewat dia dan Adrea,tak disangka Prof Maria masuk lewat pada hari itu.Tiba-tiba Syana terdengar suara seseorang menyanyi perlahan.dia mencari gerangan orangnya.Rupanya orang yang duduk dihadapan Syana.Syana cuba melihat gerangan orangnya.’Macam tak pernah nampak je dia ni’getus hati Syana.Tiba-tiba Prof Maria masuk.Sepanjang kuliah selama 2 jam itu dia tak dapat menumpukan perhatian.
Sebaik sahaja kuliah tamat semua pelajar ingin segera beredar.Syana ingin segera menegur lelaki itu namun dia terlebih dahulu angkat kaki.Syana cuba untuk mengejar lelaki itu namun orang yang ramai membuatkan dia gagal mengejar lelaki itu.Dia merasa sangat kecewa.Namun dia kembali beristighfar.Mungkin bukan rezekinya.”Oi minah.kau apasal tinggalkan aku tadi”Adrea menyergah dengan sikap brutalnya.”Hehe..Tadi rasa nak kencing lah..Ni dah takde dh..”Syana memberi alas an menyembunyikan kekecewaannya.
“Adrea Tasyarina Dato’ Azmi.!Dekat sape kau bagi nombor aku pulak ni”sergah Syana.”Dengar dulu “Adrea menenangkan kawannya itu.”Bukan aku bagi,dia sendiri yang berkeras minta.Ada hal penting katanya.Aku bagi je lah.Not a big deal I think.Kenape ni”Adrea hairan melihat rakannya itu .Syana bukan lah seorang yang cepat melenting”"Takde pe..Aku nak suspen kan kau je.Dia ajak aku jadi kawan dia.Sekadar bersahabat aku tak kisah.Tapi sape tu Add?”Syana bertanya.”Aku pun tak kenal.Dia cakap mintan nombor Syana Catalina,ada hal penting.Aku pun tak banyak soal n bagi je lah.Kang die kate aku penyibuk pulak.”Syana menjadi hairan.Teringat peristiwa tadi.
Kedengaran lagu Munajat Cinta dari handphone Syana.Tanpa melihat si pemanggil Syana terus menjawab panggilan tersebut.”Assalamualaikum.Ini Syana ke?”si pemanggil bertanya.”Waalaikumusalam.Ye,ini Syana.Spe tu.?”pertanyaan dijawab dengan pertanyaan.”Saya Amir”Amir mane pulak ni.Takkan bapak aku pulak kot.Syana tertawa di dalam hati.”Ye.ada ape”ringkas pertanyaan Syana.”Saya ingin menghulurkan salam persahabatan.Sudikah awak menyahut salam saya ini.”Chewah.Sekali word dia da keluar.”Saya tak kisah bersahabat ni.Kata orang kumpullah sahabat seramai yang boleh.Ok.Nanti kita berbual lagi.Saya nak solat Isyak dulu.Salam.”Syana mengakhiri perbualan pabila merasakan jantungnya berdegup kencang.Namun dia bijak menyembunyikannya.
Adam Amir Mukhriz merasa puas apabila salam persahabatan yang dihulurkannya disambut baik oleh gadis yang dalam diam telah menjadi permaisuri di hatinya.Sengaja dia memberi nama tengahnya,iaitu nama yang hanya digunakan bersama keluarganya.Teringat ketika dia pertama kali melihat Syana sewaktu melihat gadis itu duduk berseorangan di taman.Suasana senja memperlihatkan lagi keayuan.Saat itu Syana telah menjadi yang teristimewa dalam hidup Amir.
Sedang Syana minum di café kampus,tiba-tiba terdengar deringan mesej.”How your day today.I hope there;s nothing bad”Syana tersenyum membaca mesej itu.Sudah dua minggu dia dan Amir berbual di handphone dan bermesej,namun tidak pernah bertemu.Bukan A mir tidak pernah mengajak,namun Syana belum mahu bertemu.Syana terus membalas mesej itu.Dia tidak mengetahui lelaki yang duduk bertentengan dengan mejanya itu adalah Amir.Amir senang melihat senyuman di wajah Syana apabila mesej betandang.
Petang itu Syana disuruh pulang oleh kedua orang tua nya kerana syarikat mereka mengadakan dinner di hotel sempena ulangtahun syarikat yang ke 21.Sama dengan usia Syana sendiri dan semenjakkelahiran itulah bermulanya kejayaan Dato’ Amir sehingga kini.Syanalah pembakar semangat untuk berjaya.Syana terpaksa bersiap dengan seberapa segera kerana dia telah terlewat.Sebaik sahaja turun tangga sportlight dihalakan kearah Syana.’Chewah merasa gakaku jadi puteri’Tiba-tiba huluran tangan dihilurkan di hujung tangga untuk menjemput\ Syana menari.Demi menjag air muka ibu bapanya dia menerima huluran tersebut sambil tersenyum manis.
‘Memang malam ni merasa jadi puteri lah aku ni’gumam Syana di dalam hati.Pada waktu yang sama,Adam yang tidak memperkenalkan diri sebagai Amir terpampan melihat senyuman manis Syana.Terserlah keanggunan Syana pada malam itu.Tidak hairanlah ramai yang tertarik perhatian melihat Syana pada malam itu.Namun dia memberanikan diri untuk menghadap gadis itu.penerimaan huluran tadi membuktikan bahawa Syana sangat bertimbang rasa dan tidak menjatuhkan air muka orang lain.
‘Alahai handsome gak mamat ni’sempat Syana tersenyum kecil.”ni senyum sorang-sorang ni berangan ye”tegur pemuda yang dikenali sebagai Adam itu.Syana hanya tersenyum malu.Syana amat menyenangi Adam.Adammerupakan seorang yang peramah,lembut bicaranya dan sering bergurau.Syana yang mudah mesra itu senang mendapat kenalan seperti Adam.Sedang mereka berdua menari,muncul orang lain dengan tujuan ingin memotong dan mengambil giliran menari dengan Syana.Adam memberikan laluan dan berlalu dari situ.Selepas itu kelibat Adam tidak kelihatan lagi.’Mungkin dia dah balik kot’getus hati Syana.
“Assalamualaikum,hows your party just now”Amir yang juga Adam menelefon sebaik sahaja Syana sampai di rumahnya.”Ok lha.Merase gak jadi puteri raja.”ujar Syana berseloroh.Kedengaran tawa Amir di hujung talian.’Kenape aku rase macam pernah dengar je suara ni’Syana kehairanan di dalam hati.Namun dia malas mengendahkannya.Mereka berdua berbual selama setengah jam sebelum Syana meminta diri untuk membersihkan diri.
Keesokannya Syana terlambat masuk kuliah kerana terlambat bangun ditambah lagi dengan traffic jam.Lecture telah pun bermula sewaktu dia masuk.Hanya terdapat sebuah kerusi sahaja iaitu di sebelah seorang lelaki di belakang sekali.Syana tiada pilihan melainkan duduk sahaja di situ memandangkan sahabatnya Adrea tidak msuk hari ini kerana demam.Sedang Prof mengajar,dia mendengar lelaki itu seperti menyanyi kecil.Rasa ingin disuruhnya lelaki itu senyap namun ada sesuat yang membuatkannya mengamati lagu yang dinyanyikan.Suara.Ya.Suara itulah yang pernah membuatkan dia berkejar seperti orang gila mencari si empunya suara dahulu.”Biarkan jatuh cinta”tanpa sedar Syana tersebut tajuk lagu yang dinyanyikan itu.”
Lelaki itu menoleh dan memberikan senyuman manis Syana masih ingat lesung pipit itu.Itu adalah lesung pipit Adam jejaka yang dengan gentlemen nya menari dengannya malam tadi.”Adam.Awak pun study sini rupenye”ujar Syana berbisik takut menganggu pelajar lain.”Ok student.Make sure you finished your assignment by Monday”Kedengaran suara Prof Maria memberikan peringaten yang tandanya juga kuliah sudah berakhir.”Jom,kite pergi café”Adam ikhlas mengajak.Syana hanya menurut sahaja.Mereka berdua duduk berbual berjam lamanya.Syana amat menyenangi Adam yang sentiasa mempunyai sesuatu untuk dibicarakan.
Petang itu Syana pulang dengan dihantar oleh Adam.”Aku Nampak tadi Syana,Sape yang hantar kau balik tadi.Handsome lah..Jejaka idaman Malaya tu…”Adrea kepoh bertanya.”Apalah kau ni.Kata demam,tapi bukan main kepoh lagi.Tu anak kawan papa aku yang aku jumpa masa dinner malam tadi.Lagipun,kan aku dah janji,aku akan bagitau kau kalau aku dah jatuh cinta.Biarkan aku jatuh cinta dulu yer”ujar Syana tersenyum.Sebenarnya dia teringat akan lagu yang dinyanyikan oleh Adam tadi.”Ni dah sengih-sengih pulak die.Pergi mandi,kau belum asar lagi kan.Sembahyang lah sebelum kamu disembahyangkan”ujar Adrea membuatkan Syana terus ke bilik air utuk mengambil air wuduk.Malam itu dia berbual dengan Amir sebelum tidur.Adrea pula tersenyum sendiri.Ada yang disembunyikannya.
Selepas dari hari itu,Syana sering menghabiskan masa bersama Adam.Namun mereka tidak pernah berhubung melalui telefon.Biasanye,perjumpaan mereka hanyalah dari kebetulan atau selepas habis kuliah sahaja.Hari itu sedang Syana dan Adam duduk di café Adam tiba menyanyikan lagu biarkan jatuh cinta.Syana mengangkat kepala dan melihat Adam merenung tepat ke arahnya.Serta-merta panas menyerbu mukanya.Dia terleka,rasa sungguh asyik sekali.”Adrea,aku dah jatuh cinta”luah Syana pada Adrea.
Mulai saat itu Syana mula merasakan suatu perasaan didalam hatinya.Cinta!Ya.Itulah yang dirasakannya sekarang.Dia telah nenyintai seorang jejaka idaman Malaya berlesung pipit dengan suara lunak menyapa diri.”Syana,I love you.I love you all the time.Everytime I breath I feel you.Do you accept my pure love for you sayang.?”Luah Adam padanya.Syana terdiam tanpa kata.Dia hanya mengangguk dengan linangan air mata.Betapa terharunya dia.’Ya Allah,kau telah membiarkan aku jatuh cinta.Kini biarlah aku merasa nikmatnya’doa Syana di dalam hati.
Hubungan Syana dan Adam amat mesra.Namun Syana masih berhubungan dengan Amir yang tanpa diketahuinya ialah Adam sendiri.Dia telah pun memberitahu Adam dan Adam memahaminya dengan berkata “kumpullah rakan sebanyak yang mungkin tapi sayang jangan dilupakan”Syana hanya tersenyum mendengar kata-kaya Adam.’Alahai jiwang nya sayang aku ni’sempat Syana tersenyum geli hati.
Amir ingin membawa Syana ke suatu tempat.Tujuannya adalah untuk melamar Syana.Namun, sedang kereta Adam membelok tiba-tiba datang sebuah kereta merempuh Syana dan Adam.Mereka berdua terpelanting kelua sebelum kereta itu meletup.Namun hentakan di kepala membuatkan kepala Syana terasa berat.Yang terakhir dilihatnya adalah sebuah kereta sedang menuju kearah Adam yang pengsan.Dia tidak tahu Adam selamat atau tidak.
Syana tersedar.Dia merasakan kepalanya amat berat sekali.Bau ubatan menusuk keras ke hidungnya.Seorang jururawat masuk.Melalui pintu yang dibuka jururawat itu Syana terlihat sebuah stretcher yang membawa satu mayat diusung pergi.Tiba-tiba lengan mayat itu terjatuh dan dia seperti mengenali jam di tangan itu.Itu adalah jam kekasih yang tercinta.’Adam dah pergi.Adam dah tinggalkan aku’raung hati Syana.Namun dia hanya terkaku tanpa mengeluarkan sepatah kata dan mukanya yang pucat itu bertambah pucat seperti mayat.Syana terus pengsan.
“Sayang.Bangun sayang.Bangun lah puteri mama”sayu kedengaran suara mama.Syana terbangun.”Ma,di mana Syana ni ma”Tanya Syana pada ibunya.”Di rumah lah sayang.Doktor benarkan kami bawak Syana balik dengan syarat kami mengupah jururawat peribadi.Doktor cakap Syana kemalangan tak parah.Mama tau Syana tak suka duduk hospital.Tu mama bawak Syana balik.”ujar mama.”Syana ,mama risau betul dengan anak mama ni.Jangan buat mama risau lagi tau”mama memelukku erat.Aku harus kuat.Masih ada insan yang mengharapkanku.
“Abang.Ina risau lah bang.Anak kite tu memang dah sihat tapi die dah tak macam dulu lagi.Die tak nak pergi kuliah.Kalau ada yang nak jumpa belumsaye cakap sape lagi dia dah cakaptak nak jumpa.Abang tau ape-ape tak ni bang”adu Puan Sri Halina pada suaminya.”Ada orang cakap,anak kite tu kemalangan dengan seorang lelaki.Tapi abang pun taktau lah sebab anak kite sendiri pun tak buka mulut.Saye tak nak membebankan die.Biarkanlah dulu.mudahan dia akan baik seiring dengan waktu berlalu.
Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakan jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti sampai nanti aku mati
Biarkan aku jatuh cinta
Pesonaku pada pandangan saat kata jumpa
Biarkan aku tuk mencuba
Tak peduli kau berkata tuk mahu atau tidak
Mata ini indah melihatmu….
Rasa ini rasakan cintamu….
Suara Adam seperti terngiang-ngiang di pendengaran Syana.”Syana,mama ada benda yang nak mama cakap ni.Mama harap Syana fikirkan betul-betul.”ujar mama.”Syana,Tan Sri Nizam meminang Syana untuk anak die.Mama dah jumpa anak die tu.Sopan,soleh,hormat orang tua,sejuk mata memandang.Mama dan papa tak pernah mintak ape pun dengan Syana.Tapi kali ni kami minta Syana terima pinangan ni.Kami berharap sangat sebab kami tahu dia adalah yang terbaik untuk Syana.Kami tak memaksa.”bicara mama sayu.’Betapa berdosanya aku sebagai anak sentiasa mementingkan diri sendiri.”Mama,Syana setuju.Syana percaya dengan mama dan papa”ujarku lantas memeluk mama.
Hari ini majlis pernikahan ku dengan bakal suamiku.Aku tidak kenal malah tidak tahu nama nya pun.Aku malas mahu mengambil tahu.Aku menerima ketentuan Ilahi.’Mudahan hidupku diberkatiMu Ya Allah.Terdengar ketukan dari pintu.”Assalamualaikum”aku kenal suara ini.Lantas aku angkat kepala.Tak mungkin.Mataku tak menipu.Suara ini pun bukan khayalan seperti yang selalu terngiang.
“Adam!”akhirnya keluar bicara serta air mata sayu ku.”Inilah Adam.Inilah Amir.Bukan Adam.Tapi abang,sayang.Abang cuba jumpa sayang lepas kemalangan.Tapi mama kata sayang tertekan lepas kemalangan.Handphone di off.Abang tak tau nak buat ape lagi.Abang terus mintak dengan abah kahwinkan kite.Sebab abang tak sanggup kehilangan sayang.”syahdu suara suaminya itu.”Sayang ingat sayang dah kehilangan abang.”Syana menangis di pelukan suaminya.”"Sshhhh,…Biarkan abang jatuh cinta ,sayang”ujar Adam Amir Mukhriz lalu menciumi dahi permaisurinya itu.
Saturday, March 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment